Sabtu, 13 Jun 2009

MPTB BUKIT MERTAJAM - 2004

Di pagi konvo Maktab. Orang lain sibuk naik pentas kami dok melepak kat surau. tak pergipun ke Dewan. yang penting dapat jumpa semua kawan2. banyak cerita di bualkan....
Macam penat ajer.... Ketika isi borang markah. Ketika ini Budak2 KPLI rendah Gerko bola baling menganjurkan pertandingan bola baling bawah 11 tahun untuk sekolah2 sekitar Bukit Mertajam. Tak sangka mendapat sambutan dan mungkin kerana berjayanya penganjuran ini...kami dapat A untuk gerko permainan.

Sempat lagi pergi Zoo taiping. hari Minggu, Bersama 3 orang ust dari KPLI Agama dan sorang Budak KDPM Muzik - Amir Hujung sekali.


Inilah bilik aku semasa di Maktab. penuh sesak dengan barang2.


Antara teman seasrama dan KPLI menengah serta rendah yang sama2 memberi sokongan pameran yang dibuat oleh KPLI seni. Selain daripada hasil karya yang dibuat semasa kat maktab ada juga yang membawa hasil karya semasa di U. Semasa pameran ini juga, kami membuat demo membuat batik dan tembikar. semua warga MPTB boleh mencuba. Meriah pameran kami ini.

Hasil tangan aku untuk pameran akhir. tajuk- "Sendiri"kira oklah dapat juga siapkan.


Selepas berbincang sempat pose- ahli pengakap KPLI sekolah rendah di Kedah semasa kursus Manik kayu.


aktiviti petang di Pulau kapas. Mencari idea untuk membuat lakaran bagi pameran markah Akhir.

KPLI Seni visual sekolah rendah. Kembara seni ke Pulau kapas. 2 jejaki x ada dalam gambar nie Zul dan Kimi. Kenangan bersama member satu kelas dan pensyarah di hadapan chalet Mak cik Gemuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan