Isnin, 10 Ogos 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008


Pada 29/7/2009 yang lalu aku bersama dengan 10 orang lagi teman seperjuangan dr SK Subang telah berkumpul di Dewan Jubli Perak, pejabat SUK. Seramai 697 orang penerima bagi daerah Petaling Perdana menerima anugerah pada hari tersebut. Terima Kasih kepada pihak pentadbir SK Subang kerana memberi peluang kepada saya untuk penerima pada tahun 2008. Agak berbangga dan terkejut juga kerana baru sahaja berkhidmat dalam tempoh 4 tahun dan dengan bilangan guru yang ramai lebih kurang 130 lebih, saya telah terpilih.... rezeki Alhamdulillah. Sekarang sy di sekolah yang baru, sekurang2nya ada juga kenangan terindah sebelum sy meninggalkan SK Subang...." TERIMA KASIH UNTUK SEMUA WARGA SK SUBANG DI ATAS SEGALA TUNJUK AJAR DAN KASIH SAYANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENJADIKAN SAYA SALAH SEORANG PENDIDIK YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG TERBAIK, INSYA ALLAH."