Sabtu, 25 Julai 2009

HARI KELUARGA SKSK

Pada 4 dan 5 Julai, SK Seri Keramat, Maran telah mengadakan hari keluarga bertempat di Selesa Home Resort bukit tinggi.


Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan :
1. mengisi air dalam botol dengan tapak tangan
2. telifon berkarat
3. semakin jauh semakin sayang
4. kaum bapa- mengupas kulit epal siapa paling panjang
5. memasing2 gelang getah dengan straw
6.tiup belon siapa paling besar
7. mereka pakaian tanpa alat jahitan
8.kutip gula2.





makan malam, tengah ratah kepala Ikan.... sedap beb.....

sempat bersidai macam duyung kerana nak ambil gambar. antara anak2 guru SKSK


Sempat buka tikar untuk minum petang di tempat letak kereta ketika menunggu ahli keluarga lain yang belum sampai.

Khamis, 16 Julai 2009

Esok hari lahir aku

hari nie 16hb.... esok 17hb mmm.... dah genap umur aku 35 tahun. rasa2 tengok umur macam dah tua tapi perangai macam budak2 lagi. hajat hati esok nak jamu kawan2 kat sekolah dengan pulut kuning. beras pulut dah beli 3 kilo, ayam 2 ekor. mak kata banyak tapi tak apalah bagi juga kat jiran tetangga yang penting lepas hajat aku.