Khamis, 11 Jun 2009

coretan rasa..

Hari nie.... aku ke Kuantan lagi dengan member baik Alizaman khalid..( member membesar bersama dari sekolah rendah) aku gi kuantan nak tengok wayang... tapi, aku tengok sorang2 .Ali ada kerja yang perlu dibuat. Ali turunkan aku kat Mega Mall. Aku terus naik ke tingkat 3.... alah cerita aku nak tengok dah bermula pada pukul 2 sekaranng dah 2.15.. terlepas 15 minit. lantak ajerlah yang penting boleh tengok, nak tunggu tayangan seterusnya pukul 6, lambat sangat.


maka aku belilah tiket... cerita seram, pasal sumpahan dan ilmu hitam..."Drag me to hell" masuk panggung cerita dah main.... bunyi... seram semacam, masa masuk tu adengan yang buat aku terkejut .... seorg perempuan tua tengah bergaduh dengan heroen dalam kereta... siap tercabut gigi palsunya. ceritanya menarik, banyak unsur2 suspen dibantu dengan bunyi yang buat kita rasa semacam. tapi sedih juga watak heroenya pergi juga .... di tarik masuk ke neraka... sumpahan itu terkena juga dekat dia walaupun dia berusaha untuk mengelak daripada dimakan oleh sumpahan yang dibuat oleh perempuan tua itu. silapnya satu.... dia tidak bagi peluang kat perempuan tua itu untuk terus memiliki rumahnya sedangkan dia mampu memberi peluang kat pompuan tua itu.( jalan cerita dah pengarah suruh macam tu)

Pengajarannya... jeng..jeng jeng...... kerjalah dengan ikhlas dan jika bole bantu orang kita bantulah setakat yang mampu bukan cari jalan mudah untuk menyelesaikan satu2 masalah. lagi satu selagi terdaya kita berusaha untuk kebaikan diri kita...usaha sampai bergolok gadai macam hereon tu. best ceritanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan