Isnin, 8 Jun 2009

3 hari yang memenatkan

sabtu, 6hb Jun aku bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi untuk berjumpa dengan kucai. dalam pukul 3 lebih aku sampai area rinching hilir. aku tunggu kucai dekat masjid sebab tak tahu rumah..... wow.. alangkah seronoknya hanya tuhan yang tahu dapat berjumpa dan menatap kucai secara live.. hampir lima tahun tak jumpa...... masih lagi seperti dulu perwatakannya, tidak berubah.... dalam pukul 6 aku n kucai ke KLIA untuk menjemput sorang lagi member lama.. DoNNy Ramond yang baru balik kursus dr cina. aku n kucai kononnya nak buat kejutan buat donny tapi kantoi... bila donny terlebih dahulu nampak kucai semasa kucai nak gi solat... apalagi bila dah lama tak jumpa... buka baliklah cerita2 lama... seronok...:) bila ingat balik.

Ahad- aku dan donny bermalam kat Cititel, 2 malam. selepas sarapan aku n donny ke Melaka.. aku ada urusan sikit untuk uruskan pasal rombongan sekolah. di Melaka jumpa dengan Mok KU. puas bergambar seharian..... nanti akan ada gambar2 tu. dalam kul 7 baru kami bertolak balik ke KL tapi jalan jem teruk... kul 12 baru sampai hotel.....

Isnin 8hb, selepas sarapan.... aku hantar donny kat opis utama... ada barang dia nak bawa balik miri. selepas selesai urusan di Daya Bumi aku hantar donny ke KL Sentra. selepas tu aku uruskan urusan tentang Hari Keluarga dan Rombongan sekolah.... dalam kul 2 jumpa Azhar... budak Dip. masa kat maktab... makin hansem...beb. dalam kul 4 aku bertolah pulang dan singgah di Selesa Resort untuk ambil gambar bilik( nanti dalam mesyuarat Hari Keluarga bole tunjuk kat cikgu2 lain ) sampai rumah hampir pukul 8... malam... wow penatnya.........

2 ulasan:

  1. amboi abg tun,ala2 wartawan gtu..apapun t.kasih sbb sudi dtg rumah saya. nnt ada rezeki saya plak pegi maran ye...teringat masa kte same2 d KL dulu kan..

    BalasPadam
  2. sikit2 ajer... mana tahu lepas nie boleh buat buku.... tapi ayat banyak tak betul. apapun yang penting kita enjoy dengan apa yang kita buat.... miss u

    BalasPadam